Mesti ramai yang dah jahit baju raya kan? Tukang jahit pun mesti dah tak terima tempahan sebab dah banyak sangat tempahan! Apa agaknya warna baju raya yang popular kali ini? Ke ada type baju raya yang memang trending? Siapa yang minat baju raya yang memang orang kata luar biasa dan considered one of a sort, tak ada orang lain yang akan pakai?

1.Rizalman, Ghita Baju Kurung

Siapa yang nak bagi impak wow kepada tetamu di rumah, anda boleh mendapatkan set ini. Dengan kain berwarna emas dan mempunyai keronsang mutiara sebagai “statement piece.” Tapi bukan semua orang dapat memakai baju kerana potongan baju ini yang agak luar biasa dan akan menyebabkan segelintir pemakai kelihatan gemuk. Yang lagi luar biasa mengenai baju ini? Ianya berharga RM1079!!

2.PIKAT KL, Anne Kurung Set

Baju ni tersenarai disebabkan potongan baju yang agak luar biasa. Mungkin potongan baju ini hanya sesuai untuk 1/5 rakyat Malaysia dan lagi 4/5 tidak sesuai. Tambah lagi dengan lengan yang mempunyai bentuk yang luar biasa dan dua potongan kain di hadapan yang ganjil. Hmmm, dengan harga RM425, ada tak yang berminat dengan baju ini?

Warna ni mesti popular di hari raya kan? Warna merah jambu yang lembut, sesuai untuk kaum hawa yang lembut. Apa yang luar biasa mengenai set baju ini? Hmm, rasanya bulu burung yang ada di bahagian bawah baju tu pun dah agak pelik, tambah lagi bulu burung tu sebenarnya ekor untuk burung yang ada di baju tu. Kain baju tu pun agak luar biasa, dengan menggunakan dua jenis kain yang berbeza dan ruffle berlipat di tengah. Mungkin set ini nampak hebat di pertunjukan fesyen tapi untuk hari raya sebenar…mungkin baju ini tidak sesuai.. Lagi-lagi dengan harga RM455…

Kebaya ini sebenarnya cantik tapi pilihan warna dan tali pinggang menyebabkan kebaya ini kelihatan lebih seperti pokok krismas. Tak percaya?

Tali pinggang yang besar juga menyebabkan badan pemakai kelihatan seperti terbahagi dua. Baju kebaya ini berharga RM1275! Adakah anda ingin menggunakan duit sebanyak ini untuk kebaya seperti ini?

5.Jovian, LS For Jovian – Halina Modern Modern Baju Kurung

Sekali pandang je baju ni dah rasa lain sebab ruffle yang ada di tengah. Ke saya seorang je rasa baju ni agak luar biasa? Mungkin baju raya ni sesuai untuk wanita hamil ataupun yang suka makan banyak di rumah terbuka sebab baju ni memang akan highlight perut anda jika anda buncit!

Baju ni ala-ala baju lelaki macam tu tapi lebih panjang dan dengan ribon kat depan yang besar dan tidak menarik. Ada tak sesiapa yang berminat untuk membeli set berharga RM439 ini? Sesuai dengan namanya, set ini amat bon voyage.

Baju raya yang hanya sesuai untuk digunakan di pertunjukan fesyen kerana rekaan yang sangat modern dan agak ganjil untuk digayakan semasa hari raya. Entah apa mak cik mak cik akan cakap mengenai baju raya anda walaupun ia berharga RM789.

Siapa yang nak pakai baju tidur untuk hari raya? Ni ha baju raya yang sesuai untuk anda. Dipanggil Kimono tetapi nampak macam baju tidur yang kita selalu nampak dalam movie je kan? Ke bathtub gown yang orang putih selalu pakai lepas mandi tu.